Rasa Bagus Sangat

      No Comments on Rasa Bagus Sangat

Kita dilarang merasakan diri ini sudah cukup baik. Rasa baik dan suci dari sebarang dosa. Amat dilarang ! Perasaan kitalah yang telah menghancurkan.  Rasa diri kita sahaja yang betul dan orang lain yang salah.  Kita rasa susah terima teguran seseorang dan inilah menyemarakkan sifat sombong yang minta kita jauhkan.

“Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Allah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa” – Surah An Najm : 32

Bagus untuk rasa merendah diri dan insaf kekurangan pada diri ini walau rasa ilmu dan amal tu sudah cukup bagus.

Apabila kita merasakan diri kita sahaja yang betul dan merasakan orang lain sahaja yang salah. Kita akan berbeda dan keberkahan pun akan mula turut terhakis.

“(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentisa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan” – Surah Al Kahfi : 014

Dalam meraikan harta pusaka, dalam urusan dan proses agihan harta, adalah perlu dijaga sikap kita agar terpimpin. Berbincang dengan lebih harmoni sesama waris membuahkan satu keputusan yang bakal berkat untuk terus mewarisi harta simati dengan sempurna.

Jadi orang Bagus ya !

 

www.shaifuddinsafuan.com
#KitaTidakAdaMasaLagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *