Amalan Berhutang dan apa sebabnya ?

Ketahuilah, BERHUTANG itu diharuskan ketika kita di dalam kesusahan dan hidup yang sempit.  Dan ianya melibatkan masalah kewangan.

Islam menggalakkan umatnya memberi pertolongan kepada yang memerlukan. Samada berbentuk pinjaman secara hutang terutamanya hal keperluan asasi.

“Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan” – Al-Maidah : 2

Apapun, dalam memberi dan menerima hutang, aspek membayar semula hutang sangatlah dititikberatkan dan sungguh-sungguh diusahakan.

Sebab apa BERHUTANG?

Di antara faktor yang terlibat :

1. Memenuhi kehendak untuk memeliki sesuatu. Seperti membeli rumah dan kereta.

2. Pengaruh sekeliling untuk berhutang, sedangkan kita tidak memerlukan. Hanya lebih untuk berbangga sahaja.

3. Bersikap tidak cukup dengan apa yang dimiliki. Memenuhi kehendak tanpa memikirkan akibatnya pada masa yang akan datang.

4. Institusi kewangan dan perbankan yang menawarkan pelbagai kemudahan pinjaman yang menarik.

5. Berkehendakan sesuatu benda dengan cepat, walaupun pada hakikatnya kita tidak mampu.

Perlu hindari amalan sistem riba dan pastikan hutang piutang kita ini tidak diwarisi kepada waris-waris kita nanti ! BAYAR HUTANG YA !

 

www.shaifuddinsafuan.com
#KitaTidakAdaMasaLagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *