SAMAN Kereta? Hutang juga ke ?

  1. Kesalahan lalulintas kenderaan adalah seperti speedtrap, memotong  double-line, langgar lampu merah dan sebagainya.
  2. Kesalahan-kesalahan ini boleh dikenakan SAMAN oleh pihak berkuasa seperti PDRM dan JPJ.
  3. Saman-saman ini adalah berbentuk caj/penalty/fi kesalahan mengikut kadar tertentu yang ditetapkan.
  4. Lama-lama, banyak saman yang kena, tinggilah jumlahnya.
  5. Akan menjadi Hutang tertunggak jika tidak dijelaskan.
  6. Ya. Ia adalah kategori hutang juga.
  7. Kaitan dengan hal ehwal pusaka adalah, hutang adalah antara yang perlu diselesaikan/ditolak terlebih dahulu sebelum suatu harta itu boleh difaraidkan.
  8. Sempena Hari Polis pada 25 Mac 2020, ada diskaun yang diberikan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk manfaat tanggungan para pemilik kenderaan.
  9. Capaian di Harian Metro : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/557749/diskaun-50-peratus-saman-sempena-hari-polis
  10. Diskaun 50% dari 25 Mac 2020 hingga 29 Mac 2020.
  11. Ambil peluang untuk menjelaskan HUTANG yang ada agar urusan pusaka kita akan datang tidak dibebani dengan HUTANG atas kesalahan jalanraya ini.
  12. Jom bayar SAMAN !

www.shaifuddinsafuan.com
#KitaTidakAdaMasaLagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *