Borang A JKPTG

      No Comments on Borang A JKPTG

Borang A adalah borang permohonan pusaka kecil.  Urusan pendaftaran adalah di Unit Pembahagian Pusaka/Pejabat Tanah di mana harta tak alih simati terletak. Ia dikenali juga sebagai Pejabat Pusaka Kecil (PPK),  Bagi setengah tempat, prosedur pengisian Borang sudah bukan manual lagi.

Contoh Borang A FORM A BARU Subperaturan 31- BM- diluluskan

(rujuk webstite JKPTG untuk versi borang yang terkini)

Rujukan : https://www.jkptg.gov.my/my/pembahagian-pusaka-kecil/category/6-pembahagian-harta-pusaka-kecil

Jika selama ini Borang A perlu diisi secara manual (tulis tangan atau taip di softcopy).  Kini telah berubah prosedurnya.

Setakat hari ini, penguatkuasaan sudah berbentuk ONLINE !  Ya ONLINE. Bermakna semua butir-butir simati perlu diisi terlebih dahulu di sistem yang disediakan sebelum penghantaran dokumen bercetak di pejabat pusaka kecil tersebut.

Sistem yang dimaksudkan adalah JKPTG ONLINE MyeTaPP: https://myetapp.gov.my/v6/online/

JKPTG adalah Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan.

MyeTaPP pula adalah Sistem Pengurusan Tanah Persekutuan dan Pembahagian Pusaka.

Jadi kita sebagai warga Malaysia kena lah ambil tahu perkembangan prosedur ini dan cara pendaftaran suatu permohonan pusaka pada hari ini.

 
www.shaifuddinsafuan.com
#KitaTidakAdaMasaLagi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *