Secara asasnya, Harta Pusaka terbahagi kepada tiga (3) jenis :
1. PUSAKA RINGKAS
– Harta Alih sahaja yang bernilai RM600,000 dan ke bawah
2. PUSAKA KECIL
– Harta Alih dan Harta Tak Alih yang bernilai di bawah RM2,000,000
3. PUSAKA BESAR
– Harta Alih dan/atau Harta Tak Alih yang bernilai RM2,000,000 dan ke atas
Apa dia Harta Alih & Tak Alih ?
Harta Alih
– Harta yang boleh dipindah atau boleh diubah dari tempatnya sama ada bentuk dan kedaannya kekal dengan dipindahkan atau berubah bentuknya seperti wang ringgit, barangan perniagaan.
Harta Tak Alih
– Harta yang tidak boleh dipindah atau diubah dari tempat asalnya seperti bangunan, rumah dan tanah.
#KitaTidakAdaMasaLagi
