HJ MOHD SHAIFUDDIN MOHD SAFUAN ialah seorang Financial Strategist & Principal Consultant di dalam institusi kewangan yang terkenal di Malaysia. Sejak 15 tahun yang lalu, Shaifuddin Safuan telah banyak membantu ramai individu dan yang berkeluarga. Dengan menggunakan strategi dan nasihat Shaifuddin Safuan, mereka kini lebih jelas dan dapat mengawal lebih baik perihal kewangan masa depan, PERANCANGAN HARTA dan PENGURUSAN HARTA PUSAKA.
Latarbelakang beliau ialah di dalam bidang Pewarisan berkaitan ILMU FARAID . Shaifuddin Safuan juga telah berkecimpung dalam bidang Perkhidmatan Pengurusan Risiko (Takaful) dan Instrumen Pelaburan Strategik (Unit Trust).
Graduan di Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Bachelor of Computer Science dan peringkat Diploma di Universiti Teknologi MARA dalam kursus Diploma in Computer Science.
Pernah bertugas di beberapa Syarikat besar IT di Malaysia sebelum menumpukan perhatian sepenuhnya dalam bidang Perancangan Kewangan Islam dalam tahun 2012.
Selain itu, kesedaran untuk membantu orang ramai dalam hal ehwal rancang harta dan urus pusaka dengan lebih tepat dan mudah, juga mendorong memartabatkan pewarisan dengan lebih harmoni lagi.