Adalah solusi pelan pelaburan jangka panjang yang strategik seperti di Saham Amanah (Unit Trust). Pengurusan portfolio dan pelaburan yang berkala serta berterusan.
Harta-harta yang dikumpul dan diperolehi bakal ditinggalkan dan akan BEKU apabila berlaku suatu kematian. Suatu proses penyelesaian harta pusaka dalam erti “MENCAIRKAN” perlu dilaksana oleh waris yang ada dengan SEGERA !
KEMATIAN itu pasti ! Jika di dunia, ketika kita masih hidup, harta kita, kita lah pemiliknya dalam konteks “PINJAMAN”. Bila sudah mati, ianya akan jadi PUSAKA kepada waris-waris yang berhak. Secara tuntas, ianya perlu DIRANCANG dan DIURUS !
“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, (hendaklah dia) MEMBUAT WASIAT untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai kewajipan ke atas orang-orang yang bertaqwa”
(Al Baqarah : 180)
Galeri Harta Pusaka
Previous
Next
Seringkali saya telah didedahkan dan melihat banyak KES-KES URUSAN PUSAKA : ✘ yang tidak selesai, ✘ tertangguh, ✘ menjadi hampir rumit; ianya memerlukan usaha dan pengetahuan ilmu pusaka sebaiknya. Saya rasa bertanggungjawab untuk terus berkhidmat dalam bidang ini sepenuhnya dan membantu kepada yang memerlukan.
Ya. “PERANCANGAN HARTA & PENGURUSAN HARTA PUSAKA” Kini saya telah terlibat di dalam bidang untuk terus memartabatkan KEWANGAN PERIBADI MUSLIM di bumi Malaysia ini. Di sini satu SOLUSI LEGASI untuk keperluan umum di rangka dan dibina agar memenuhi keperluan peribadi. Menggabung-jalin inovasi perancangan PEWARISAN dan rencana kehidupan.
“Seorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama DUA MALAM BERTURUT-TURUT melainkan dia menulis wasiatnya di sisinya”
(Al-Bukhari : 1987)
Integrasi prinsip asas yang kukuh dan unik dalam SISTEM PUSAKA adalah suatu keperluan yang sebenar. Kini timbulnya pelbagai permasalahan baru dan fenomena ini adalah berhubung rapat dengan HARTA PUSAKA. Justeru, menjadi medium solusi, yang berperanan untuk merungkai hal harta pusaka ini. Dalam merancang SOLUSI LEGASI, pelbagai perkara timbul untuk disesuaikan dengan penyelesaian. Ada ISU ada jalan PENYELESAIAN nya !
“Kita Tidak Ada Masa Lagi”
Hal Ehwal Pusaka
Ⓐ ISU PEWARISAN
➊ PADA SIAPA hendak diberi hartanya?
➋ LELAKI – tiada waris lelaki?
➌ TIDAK TAHU proses pusaka ?
➍ TIADA MASA urus pusaka ?
➎ KOS urusan pusaka tidak pasti?
➏ BERLAPIS nya Kes Pusaka?
Ⓑ PERLU RUNDINGCARA HARTA KERANA ?
➊ FARAID tidak difahami
➋ KOS urus & rancang tinggi
➌ RUMIT nya proses tuntutan
➍ MEMAKAN MASA tempoh urusannya
➎ TIADA MASA untuk diuruskan oleh waris
➏ TIDAK SEPAKAT & BERBALAH di pihak waris
Ⓒ SIAPA PERLUKAN HIBAH ?
➊ Mempunyai ANAK ANGKAT
➋ Hanya mempunyai ANAK PEREMPUAN
➌ Pasangan yang TIADA ANAK
➍ Individu yang BERPOLIGAMI
➎ Harta individu MUALLAF
➏ Ada anak lelaki & perempuan yang ingin berikan hartanya secara SAMA RATA
➐ Individu yang BERKAHWIN SEMULA
➑ Pasangan yang MEMBELI RUMAH SECARA BERSAMA
➒ Individu yang ingin berikan hartanya mengikut HASRAT HATI
Ⓓ MANFAAT SOLUSI
➊ Perkhidmatan RUNDINGCARA PERIBADI
➋ Bantuan PROSES PERUNDANGAN tuntutan harta pusaka
➌ Pantauan oleh PIHAK SHARIAH
➍ LEBIH 80 KES HIBAH diselesaikan dan LEBIH 120 KES HARTA PUSAKA juga diselesaikan
➎ Dokumen hibah juga untuk hartanah yang masih dalam BERCAGAR. Ianya memberi peluang kepada semua pemilik tanah untuk membuat penghibahan
➏ PAKEJ TADBIR PUSAKA. Ianya akan memudahkan proses permohonan tadbir pusaka
Ⓔ APA YANG ANDA PEROLEHI ?
➊ MANFAAT yang boleh SELESAI MASALAH bakal harta pusaka anda
➋ Adanya PAKEJ TADBIR PUSAKA
➌ Dokumentasi PENGHIBAHAN ke atas harta-harta tertentu
➍ Serta ketahuilah suatu khidmat RUNDINGCARA ini, untuk anda secara PERCUMA !
HIBAH ialah dengan memberikan sesuatu kepada seseorang secara langsung dan sebagai penghargaan kepada orang yang menerimanya atau sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Ia boleh dilakukan dalam apa sahaja bentuk harta asalkan ianya bukan benda yang bercanggah dengan hukum syarak.
Firman Allah SWT : “…..Dan memberi harta yang dikasihinya kepada keluarga terdekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang yang terlantar dalam perjalanan”
(Surah Al-Baqarah : 177)
Dari Abu Hurairah r.a , Rasulullah SAW bersabda : “Saling memberi hadiahlah kamu nescaya kamu akan saling sayang-menyayangi”
(Riwayat Al-Bukhari)
“Berilah HIBAH Nescaya Kamu Dikasihi”
Kisah Harta Pusaka
KISAH 1
AYAH & IBU MENINGGAL DUNIA. Si AYAH meninggal dunia 2 tahun yang lalu. Selepas 6 bulan kematian si Ayah, si IBU pula meninggal dunia. Harta ayah seperti tanah di Melaka dan rumah di Pahang belum diselesaikan urusan pusakanya. Si IBU pula mempunyai tanah peninggalan ayahnya di Selangor. Anak-anak walau sudah ada kerjaya, tetapi tidak tahu untuk mengurus harta pusaka kedua orang tuanya. Tambahan pula mereka tidak mempunyai masa dengan bebanan kerja pejabat yang berat.
KISAH 2
SUAMI MENINGGAL DUNIA. Waris si suami ialah Ayah, Isteri dan 4 orang Anak perempuan (2 darinya masih kecil – umur 5 dan 10 tahun). Si isteri pula tidak berkerja. Harta si suami di antaranya ialah kereta yang berharga mahal dan masih mempunyai pembiayaan di bank. Bayaran bulanan kereta pun agak tinggi dan berbaki 6 tahun lagi. Si isteri buntu untuk memikirkan bagaimana hendak menjelaskan hutang kereta tersebut. Dan kini tunggakan bulanan sudah mula meningkat.
KISAH 3
PENGHIBAHAN. Ahmad (bukan nama sebenar). Adalah anak angkat yang dibela semenjak umur 2 minggu. Ibu dan bapa angkatnya tidak mempunyai zuriat dan mereka sangat sayang kepadanya. Usia Ahmad sekarang ialah 20 tahun. Untuk meneruskan manfaat legasi harta tersebut, ibu dan bapa angkatnya telah merancang ketika hidupnya dengan membuat perancangan harta seperti penghibahan HIBAH HARTANAH kepada Ahmad. Ahmad seorang yang bertanggung jawab dan sangat hormat kepada kedua-dua ibu dan bapa angkatnya. Ahmad adalah harapan mereka.
Dari Kisah ini, faktor KESUKARAN MASA dalam mengurus hal pusaka yang ada, BINGUNG dalam mengedalikan hutang-hutang yang ditinggalkan serta hasrat hati untuk MENGHADIAHKAN kepada yang disayangi adalah di antara konflik dan perancangan peribadi yang biasa timbul. Oleh itu langkah demi langkah dalam merancang harta dan pengurusan harta pusaka perlu dibuat agar ianya tersusun rapi dengan solusinya sebelum terlambat.
➊ P̳E̳W̳A̳R̳I̳S̳ : Mempastikan siapa waris faraid yang sebenar. Pengenalpastian berdasarkan kepada jadual faraid yang asas . Seperti Ayah, Ibu, Isteri/Suami, Anak-anak.
➋ A̳S̳E̳T̳ : Menyenaraikan harta-harta yang ada dan pemilikan sah di atas namanya ketika hidup. Seperti rumah, tanah, kenderaan, simpanan.
➌ I̳M̳P̳I̳A̳N̳ : Menyemak apa hasrat hati kepada harta yang ada untuk diberikan kepada pewaris atau sesiapa sahaja.
Testimoni
Profil Profesion Shaifuddin
HJ MOHD SHAIFUDDIN MOHD SAFUAN ialah seorang Financial Strategist & Principal Consultant di dalam institusi kewangan yang terkenal di Malaysia. Sejak 15 tahun yang lalu, Shaifuddin Safuan telah banyak membantu ramai individu dan yang berkeluarga. Dengan menggunakan strategi dan nasihat Shaifuddin Safuan, mereka kini lebih jelas dan dapat mengawal lebih baik perihal kewangan masa depan, PERANCANGAN HARTA dan PENGURUSAN HARTA PUSAKA.
Latarbelakang beliau ialah di dalam bidang Pewarisan berkaitan ILMU FARAID . Shaifuddin Safuan juga telah berkecimpung dalam bidang Perkhidmatan Pengurusan Risiko (Takaful) dan Instrumen Pelaburan Strategik (Unit Trust).
Graduan di Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Bachelor of Computer Science dan peringkat Diploma di Universiti Teknologi MARA dalam kursus Diploma in Computer Science.
Pernah bertugas di beberapa Syarikat besar IT di Malaysia sebelum menumpukan perhatian sepenuhnya dalam bidang Perancangan Kewangan Islam dalam tahun 2012.
Selain itu, kesedaran untuk membantu orang ramai dalam hal ehwal rancang harta dan urus pusaka dengan lebih tepat dan mudah, juga mendorong memartabatkan pewarisan dengan lebih harmoni lagi.
“Shaifuddin Safuan yakin bahawa dengan strategi yang betul, anda berhak untuk mendapatkan kehidupan yang diimpikan setelah bersara, disamping mampu menyediakan taraf pendidikan terbaik untuk anak-anak dan bakal PEWARISAN nya nanti”
Apa Aktiviti Saya ?
Taklimat Wasiat , Hibah dan Pusaka
Taklimat di Puchong
Penerangan Solusi Legasi di Kajang
Perkongsian Hibah di Gombak
“Saya bertekad untuk memudahkan lagi URUSAN PUSAKA anda” – shaifuddin
Hubungi saya rundingcara PERCUMA !
Hj Mohd Shaifuddin Mohd Safuan | 019-274 5856 | shaifuddin.solusi@gmail.com